Aku bersyukur sangat-sangat atas semua yang terjadi dalam hidup aku selama ini.Suka, duka silih berganti. ada kalanya aku diuji sehingga hilang kepercayaan semua orang di sekeliling aku. Tetapi bagi aku semua itu pasti diganti dengan sesuatu yang membahagiakan kita. Itu yang selalu aku percaya.Allah tidak akan membiarkan hambanya menderita atau sengaja mendukacitakan kita dan Allah tidak bersifat membalas dendam seperti manusia. Semua yang diberi adalah atas rahmatNya, kasih sayangNya. Kita yang tak tahu hikmah di sebalik semua kejadian. kita yang tak mahu menyelidik untuk apa setiap ujian.
Tahun 2011 aku diuji sungguh-sungguh tentang betapa berharganya 'KEPERCAYAAN'. Aku yang diberi amanah memangku tugas Guru Besar waktu itu perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab yang selama ini tak pernah dan tak tahu aku lakukan.Ditinggalkan pada aku seberkas borang prestasi untuk aku key-in markahnya yang telah diisi oleh semua orang. Aku yang buta hingus ni pun teruslah buat kerja key-in markah ke dalam sistem bersama seorang kakitangan bawahan aku tanpa merobek atau merubah apa-apa data ...yang memang aku tak tahu.Guru Besar waktu tak mahu ambil tahu kerana frust dan nak bersara.
Aku yang konon-kononnya nak membantu terperangkap dalam adegan huru hara setelah markah pencapaian diumumkan.Rupa-rupanya aku dipersalahkan atas semua markah rendah yang diperolehi. Terkejut besar aku..apa sebenarnya yang dah aku buat??? Setahu aku aku cuma masukkan markah yang sedia ada ke dalam sistem dan hantar kepada pihak yang berkenaan untuk disemak. Itu saja tugas aku. Tentang markah, tinggi..rendah itu bukan hak aku menentukannya. Lalu...akulah si kambing hitam itu , yang terpaksa menanggung semua rasa bersalah, tohmahan , caci , maki, umpat, keji dan bukan sahaja peribadi aku dicemoh malah cara berpakaian aku juga dianggap berdosa.
Kawan-kawan memanglah ada yang ikhlas ada yang melarikan diri. Tapi yang paling aku sedari ...aku hanya ada Allah yang TAHU dan PERCAYA pada aku. Allahu rabbi...tiada kalimah yang paling suci dan dapat menguatkan semangat aku kala itu. Masa itu yang selalu aku tuturkan di hati dan di bibir ialah...Ya Allah Engkau tidak beri sesuatu yang menyedihkan hambaMu melainkan ..akan di hapus dosanya atau akan Kau anugerahkan sesuatu yang membahagiakannya.
Allhu Akbar! selepas semua itu aku telan, aku mohon bertukar ke tempat kerja baru untuk menguti hati dan meneruskan hidup dan kerjaya aku.Di tempat baru aku dihormati dan diberi kepercayaan meklsanakan tanggungjawab dan amanah namun pengalaman lama menjadikan aku berhati-hati. Tak mahu terjerlus kedua kali. dan aku berdoa moga aku dilindungi dari segala bala bencana.
Sungguh!! kurnia Allah kepada aku, selepas semua itu aku dipilih menunaikan HAJI bertamu ke rumah Allah bersama-sama ibu kekasih hatiku. Mana mungkin aku yang baru mendaftar dan hanya ada wang cukup-cukup untuk sampai ke Makkah tiba-tiba berpeluang menjadi pembantu setelah ibuku dijemput ke sana. Bayangkan perasaanku ketika itu...sehingga kini aku seperti tidak percaya. Aku sebuk dengan urusan haji sehingga terlupa pada hati yang terluka. Dan memangpun Allah merencanakannya supaya aku banyak memohon ampun atas kesalahan aku dan memberi maaf kepada yang bersalah.Tetapi semua tu dah tidak penting untuk aku kerana nikmat menunaikan Haji lebih besar di dalam hati dan mataku.
Sesungguhnya membawa bunga syurga ke dalam syurga (membawa ibu ibarat bunga syurga) adalah sesuatu yang sangat membahagiakan dan tak dapat nak ducapkan rasanya.Menitis air mataku bila teringat kembali ketika bersama ibu melakukan tawaf dan sa'i malah 46 hari yang cukup bermakna dan berharga untuk aku seumur hidup. Kini ibu telah dijemput sekali lagi kepangkuan Ilahi setelah 3 minggu pulang dari menunaikan haji. Moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersamanya. Amin Ya Rabbal A'lamin. Aku yang tinggal sentiasa merinduinya....Al Fatehah yang tak pernah putus..
Yang masih ada mak dan ayah hargai,sayang sesungguh hati dan rendah diri bila berdepan dengan mereka.Tiada nikmat yang lebih membahagiakan melebihi dapat merenung wajah manis mereka berdua.....
BalasPadam