Saat -saat begini aku terlalu rindu pada kedamaian. Jauh di lubuk hati aku terlalu takut pada kerapuhan hubungan. Bila pilihanraya datang, walau hanya 5 tahun sekali namun kehangatannya melangkaui separuh umur hidup kita. Dalam menentukan siapa yang layak dan terpilih atau siapa yang tidak berhak dan kecundang sepatutnya kita dahulukan IMAN. Kuasa mengangkat darjat pemimpin adalah hak Allah. Tetapi kita rakyat adalah menjadi kewajipan dan adab sebelum mengundi perlu memohon taufik dan hidayah Allah s.w.t.Agar bila pemimpin terlantik kita dapat sama-sama membantu untuk menyusun dan membangun , tidak kira yang kita suka atau tidak. Kerana dalam suara ramai itu ada barakahnya.
Pilihanraya adalah satu urusan duniawi , itu tanggapan bagi sesetengah pihak. Tetapi sedar tak sedar , sebenarnya ia juga jambatan menuju ke akhirat. Kalau tersilap langkah pasti kita tetap akan dihitung di akhirat. Dalam hidup bermasyarkat majmuk ini kita perlu belajar dan faham siapa sebenarnya rakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan